Syarat Penyewaan

Syarat Penyewaan

Pelanggan/Penyewa bersetuju untuk menuruti syarat dan peraturan seperti berikut:

Bayaran

1.Pelanggan/Penyewa bersetuju dengan harga yang diputuskan dan akan membuat bayaran penuh apabila kereta disewa beserta deposit sebanyak RM 50.
2.Segala bayaran hanya diambil SEBELUM kereta diserahkan dan bukannya SELEPAS kereta disewa.
3.Setiap Lewat penghantaran akan ditolak dari wang deposit dan jika berlebihan pelanggan diminta membuat “bank-in” ke dalam akaun syarikat atau lain-lain cara yang difikirkan sesuai.
4.Segala bayaran yang dibuat tidak akan dipulangkan kecuali deposit sebanyak RM50.

Kemalangan/kerosakan

5.Pelanggan/penyewa akan menghubungi pihak syarikat sejurus berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan kereta yang disewa.
6.Pelanggan/penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kereta yang disewa dan bersetuju untuk menanggung segala kos baikpulih/kerosakan yang berlaku semasa kereta dalam jagaan/sewaan pelanggan/penyewa.
7.Syarikat tidak akan menanggung apa-apa kos atau membuat tuntutan insurans atas apa-apa kemalangan yang berlaku SEMASA kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa.
8.Pelanggan/penyewa juga bersetuju membayar kadar sewa harian yang biasa sepanjang tempoh kereta dimasukkan ke dalam bengkel.

Saman/kesalahan trafik

9.Pelanggan/penyewa bersetuju bahawa kereta yang disewa tidak akan dipandu dengan tidak mengikut peraturan jalanraya.
10.Segala saman kesalahan trafik yang dilakukan semasa kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan/penyewa.
11.Pihak syarikat akan menghubungi pelanggan/penyewa jika ada sebarang saman atau kesalahan trafik yang terbabit.
12.Syarikat akan merujuk nama dan pengenalan penyewa jika tidak menerima apa-apa bayaran berkaitan saman/kesalahan trafik yang dilakukan pelanggan/penyewa